Ahli Parlimen Kapit, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dilantik semula sebagai Setiausaha Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) bagi tempoh 2022 hingga 2025.<br /><br />Perkara diputuskan dan disokong kepimpinan parti PBB semasa Perhimpunan Agung PBB ke-15 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada Ahad.